CERITA PEMBULI

Di sebuah sekolah, ada tiga orang murid perempuan bernama Aleesya, Hana, dan Zahra. Mereka suka membuli seorang murid yang bernama Mia. Mia sangat cantik dan baik hati. Semua orang di kelas suka berkawan dengannya. Tapi Aleesya, Hana, dan Zahra berasa cemburu. Suatu hari, selepas waktu belajar, Mia pergi ke tandas seorang diri. Tiba-tiba, tiga pembuli itu masuk. “Hei Mia, kau rasa kau cantik sangat ke?” kata Aleesya sambil menolak bahu Mia. Hana dan Zahra ketawa dan menolak Mia hingga dia hampir jatuh. Mia menangis ketakutan. Pada masa itu, Aisyah, kawan baik Mia, terdengar suara dari dalam tandas. Dia segera berlari masuk. “Berhenti! Jangan pukul Mia!” jerit Aisyah. Aisyah cepat-cepat keluar dan memanggil Cikgu Haikal. Cikgu Haikal datang dengan muka marah. “Aleesya! Hana! Zahra! Ikut saya ke bilik disiplin sekarang juga!” katanya dengan tegas. Di bilik disiplin, cikgu menasihati mereka. “Kamu bertiga telah membuli Mia. Itu perbuatan yang sangat salah. Sekarang minta maaf!” Tiga-tiga pembuli tunduk malu. “Mia, kami minta maaf. Kami janji takkan buli lagi,” kata mereka perlahan. Mia tersenyum. “Tak apa, saya maafkan kamu,” jawab Mia dengan lembut. Sejak hari itu, Aleesya, Hana, dan Zahra tidak membuli lagi. Mereka malah menjadi kawan baik Mia dan Aisyah.

Gambar Pembuli 1 Gambar Pembuli 2

Video Cerita

Muzik Latar